DAVID Silva bertuah kerana masih berada di atas padang selepas melakukan tendangan 'kung fu' terhadap pemain tengah Manchester United. Pemain Manchester City itu melakukan sepakan terbang ke atas Andreas Pereira di bahagian dada namun tidak mendapat layangan kad kuning atau merah. Gary Neville yang menjadi pengulas perlawanan tersebut menyangka mereka Silva akan diarah keluar padang. "Tidak begitu baik dari Silva. Saya berkata pada separuh masa pertama bahawa pemain-pemain tahu apa yang mereka lakukan. "Dia dia bertuah, David Silva. Pengadil Endre Marriner nampak insiden itu, dan saya fikir ia kad merah. "Dia sangat bijak malam ini. Ia terkeluar daripada karektor. Tidak biasa melihat dia melakukan sepakan kung fu. Sangat bertuah," jelasnya kepada Sky Sports. Pada aksi di Old Trafford itu, City menjaya menewaskan tuan rumah dengan keputusan 2-0. Kemenangan tersebut menyaksikan City mengambil alih kedudukan teratas daripada Liverpool dengan kelebihan satu mata (89 mata). -Dailymail.co.uk