suria

Jordan Boy mahu bangkit di Istora Senayan

PENGALAMAN tewas merupakan pemangkin semangat untuk lebih bangkit buat atlet Muay Thai One Championship Mohammed Mahmoud.

Mohammed atau digelar Jordan Boy tidak berputus asa biarpun pertarungan 'New Era' di Tokyo bulan lalu amat mengecewakannya.

Biarpun memberi cabaran penuh sengit kepada Panicos Yusof  dalam kategori bantamweight, ternyata tuah kemenangan belum memihak kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Jordan Boy dipilih wakili Malaysia bagi aksi ONE:A New Era di Tokyo

Jordan Boy mengakui, rasa terkilan kerana hampir mencatat kemenangan tetapi sedar pesaingnya itu bukan calang-calang lawan.

“Saya akan terus bangkit dan bangkit untuk menggenggam kemenangan.

“Untuk menjadi atlet yang berjaya, perlu lalui kekalahan kerana dari situ saya belajar untuk perbaiki segala kelemahan,” ujarnya kepad mStar.

Pejuang Muay Thai berusia 22 tahun ini bakal meneruskan persembahan garangnya di ONE: For Honor berlangsung di gelanggang Istora Senayan Jakarta, Indonesia pada 3 Mei ini.

Jordan Boy bakal berdepan dengan wakil Scotland Andrew Miller.

Tidak mahu pandang ke belakang lagi, Jordan Boy kini hanya fokus untuk memberi persembahan terbaik serta mencapai sesuatu yang diinginkan, kemenangan.

Seorang lagi wakil Malaysia yang akan ke Jakarta adalah bintang MMA terkenal negara Keanu Subba.

Keanu merupakan pejuang kategori featherweight yang merupakan antara atlet berprofil tinggi dalam arena One Championship.

Dia bakal bertemu dengan pendatang baharu dari Jepun Ryoko Takahashi.

Selain itu, persaingan awal Mei ini dijangka hangat dengan kehadiran jaguh flyweight Thailand, Sam-A Gaiyanghadao yang merupakan juara dunia dalam kategori Muay Thai.

Dengan pengalaman hampir 25 tahun dalam dunia seni mempertahankan diri ini, Sam-A sekali lagi bakal membuktikan kehebatannya berdepan dengan pejuang United Kingdom, Jonathan Haggerty.

One Championship, Jakarta, Jordan Boy

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan