LINCAH di padang, kapten Real Madrid, Sergio Ramos juga tidak pernah lupa pada mereka yang memerlukan. Dia baru-baru ini membantu mengutip dana untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) sebanyak AS$1 juta (RM4.14 juta). Lebih menggembirakan, jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh 12 jam sahaja. Dia mula terlibat dengan badan itu sejak tahun 2004. Pada 2014, dia dilantik sebagai duta untuk kesatuan Unicef Eropah. Kempen terbaharu Ramos bersama Unicef turut disokong oleh Yayasan Gates. Ramos turut memuat naik posting mengenai kempen itu di Instagram miliknya baru-baru ini. -Sportskeeda.