suria

Mimik muka Lautaro imbas kembali perangai Suarez suka gigit

Gelagat Lautaro (kiri) mengimbas kembali gelagat Suarez yang menggigit pemain Itali pada aksi Piala Dunia 2014.

ANAK Luis Suarez dirakam seperti membuat mimik muka menggigit bahu bapanya.

Lautaro Suarez berusia enam bulan sedang didukung Suarez selepas aksi kemenangan Barcelona ke atas Lavante yang menyaksikan kelab itu menjulang trofi La Liga musim ini.

Galagat Lautaro itu mendapat perhatian penyokong-penyokong yang mengimbas kembali perangai Suarez suka menggigit pemain lawan beberapa tahun sebelum ini.

Penyerang antarabangsa Uruguay itu pernah digantung 7 perlawanan pada 2010 gara-gara mengigit bahu pemain PSV Eindhoven Otman Bakkal ketika mewakil Ajax.

Selepas bepindah ke Liverpool, Suarez sekali lagi menggunakan giginya menggigit pemain Chelsea Branislov Ivanovic dan digantung 10 aksi.

Manakala pada aksi Piala Dunia 2014, Suarez menggigit bahu pemain pertahanan Chile. - Dailymail.co.uk

Luis Suarez, gigit

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan