PEMINAT pasukan Liverpool dirakam menolak beberapa individu ke dalam kolam air pancut. Kejadian dikatakan berlaku di Barcelona menjelang perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara melibatkan pasukan itu. Dua video yang dikongsi di media sosial ternyata menarik perhatian ramai. Dalam salah satu video itu, seorang lelaki Asia ditolak ke dalam kolam. Satu lagi video menunjukkan seorang lelaki Asia dicampak ke dalam kolam itu oleh seorang penyokong Liverpool yang sudah berusia. Namun sehingga kini motif kejadian itu belum dikenalpasti lagi. Malah, tiada bukti untuk mengatakan ia serangan berasaskan perkauman. Pengguna Twitter turut menyelar tindakan penyokong pasukan itu. - Daily Star.