JURGEN Klopp mengakui sangat mustahil untuk mengawal Lionel Messi daripada melakukan sepakan percuma pada aksi tewas 3-0 kepada Barcelona. Pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-juara di Nou Camp itu menyaksikan Messi menyumbat dua gol sepakan percuma selepas Luis Suarez membuka gol jaringan awal pada minit ke-26. Namun Messi meletakkan kelabnya lebih selesa dengan dua jaringan (75',82') sekaligus merakam gol ke-600 dalam 683 perlawanan. Bagaimana pun, Liverpool gagal menjaringkan sebarang gol perlawanan ini. "Bola sepak memang seperti ini. Ia adalah jaringkan gol. Mereka sumbat tiga gol, dan kami tidak ada," jelas Klopp. "Prestasi sangat baik. Ia perlawanan hebat. Tetapi apabila anda bertemu Barcelona, hanya beberapa saat sudah cukup. "Saya sangat gembira dengan persembahan, tetapi tidak gembira dengan keputusan. Dalam bola sepak jika tidak dapat gred, anda akan susah dapat keputusan. "Saya tidak pasti jika kami boleh bermain lebih baik." -Eurosport