POLIS dijangka menyoal siasat seorang bintang Liga Premier yang didakwa terlibat dalam satu serangan baru-baru ini. Pemain itu dikatakan menyerang seorang wanita secara seksual dan melakukan rakaman video di sebuah kelab. Menurut wanita itu, dia diraba dan pemain bola itu turut merakam perbuatan berkenaan. Malah, dia turut diserang secara seksual di atas lantai tari kelab berkenaan. Susulan itu, wanita berkenaan sudahpun membuat laporan polis. Pemain bola itu dijangka menemui pihak berkuasa pada minggu ini. Menurut wanita itu, kejadian yang berlaku di sebuah kawasan VIP dalam sebuah kelab malam di London membuatkan dia mengalami trauma. - Daily Star.