PENJAGA gol legenda Sepanyol Iker Casillas dijangka bakal membuat pengumuman berkaitan kariernya selepas mengalami serangan jantung minggu lalu. Casillas yang kini bergelar penjaga gol utama kelab Porto FC terpaksa digegaskan ke hospital kerana serangan jantung ketika sesi latihan pada Rabu lalu. Bagaimana pun pemain berusia 37 tahun itu dibenarkan keluar hospital minggu ini dan kelihatan positif dan stabil. Casillas akui berasa bertuah selepas pulih daripada serangan jantung. Dia juga turut berkongsi gambar terbaharu di Instagramnya. Casillas kelihatan tenang merakam gambar sebuah jalan memakai kaca mata hitam dengan kapsyen: "Santa Rita, Rita! Wahta is given is not taken away!! Walk through Foz. The air in your face...pleasure!' Casillas akan berehat sehingga hujung musim ini dan dijangka dia bakal mengumumkan persaraan daripada kariernya. "Saya tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan, tetapi paling penting saya masih berada di sini. Sara Carbonero sentiasa disisi selepas insiden serangan jantung suaminya. "Saya berasa lebih baik dan akan berehat untuk tempoh dua minggu atau beberapa bulan. "Sukar untuk bercakap sekarang tetapi saya bersyukur kerana saya seorang yang bertuah. "Sokongan yang diterima sejak beberapa hari lalu menyedarkan bahawa ramai yang sayangkan saya dan anda perlu senyum dengan saya seperti ini. "Saya rasa akan berdepan dengan kesukaran hari ini memandangkan ramai yang hadir dan membuatkan saya sedikit beremosi. "Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Nelson dan ahli kardiologi Joao Carlos Silva dan semua yang terlibat di Porto yaang telah bertungkus-lumus mengurangkan kesan serangan jantung yang berlaku ke atas saya," ujarnya ketika ditemui sekumpulan wartawan di hadapan hospital. - Dailymail.co.uk