JURGEN Klopp menganggap pemain-pemainnya mempunyai mentaliti 'gila' selepas mencatat kemenangan epik tke atas Barcelona dalam perebutan tiket akhir Liga Juara-Juara. Pada aksi timbal balik separuh akhir kedua awal pagi Rabu, The Reds bangkit setelah kecewa dengan 3-0 di Nau Camp minggu lalu. Divock Origi dan Georginio Wijnaldum masing-masing menjaringkan dua gol untuk memastikan defisit di Anfield. Ternyata persembahan di padang sendiri itu menyebabkan Klopp hilang kata-kata. Pemain-pemain Liverpool teruja meraikan kemenangan. Namun dia memuji skuadnya sendiri sebagai 'pasukan terbaik dunia'. "Semua persembahan, permainan sangat melampaui batas'. Ia sangat luar biasa. "Saya merasakan sebelum perlawanan ia sangat mustahil tetapi kerana anda saya beritahu kami ada peluang. "Saya telah banyak menonton perlawanan sepanjang hidup saya dan saya tidak ingat situasi seperti ini, beraksi menentang pasukan terbaik dunia. "Menang sememangnya sukar dan saya tidak tahu bagai mana mereka melakukannya," jelasnya. Liverpool bakal berdepan dengan Ajax atau Spurs pada aksi final di Madrid pada 1 Jun ini. - Eurosports