KEBANGKITAN Liverpool di Anfield yang membenam Barcelona dengan keputusan 4-0 membolehkan mereka mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut. Beraksi tanpa ayam tambatan Mo Salah dan Roberto Firmino, pasukan itu bagaimanapun berjaya mendahului permainan hasil ledakan Divock Origi dan Georginio Wijnaldum, masing-masing dua gol. Liverpool menang secara agregat 4-3 dan bakal bertembung dengan pemenang antara Tottenham atau Ajax dalam perlawanan akhir di Wanda Metroplitano, Madrid pada 1 Jun ini. Dalam pada itu, jurulatih Jurgen Klopp turut menyuarakan rasa gembiranya berhubung kemenangan itu. "Ianya malam yang istimewa. Menang ke atas Barcelona merupakan tugas yang sukar," ujarnya. - The Guardian.