suria

Solskjaer, Woodward berbalah mengenai masa depan Pogba

Paul Pogba.

PENGURUS Manchester United Ole Gunnar Solskjaer sedia melepaskan Paul Pogba pada musim panas ini jika dia sudah tiada hati untuk bermain bersama pasukan.

Pogba dilaporkan berminat untuk menyertai Real Madrid dan kegagalan United beraksi di pentas Liga Juara-Juara menguatkan lagi keinginannya untuk angkat kaki dari Old Trafford.

United berbelanja besar terhadap Pogba pada 2016 dan Naib Pengerusi Eksekutifnya, Ed Woodward menyifatkan pemain itu sebagai tonggak utama pasukan.

Woodward menyekat Pogba daripada berhijrah ke Barcelona pada musim panas lalu ketika hubungan pemain itu dengan Jose Mourinho mula dingin.

Solskjaer ada menyatakan hasrat untuk mengekalkan Pogba tetapi enggan memberi jaminan pemain itu akan memperkuat United pada musim panas ini.

ESPN mendakwa Solskjaer dan Woodward berbalah mengenai masa depan pemain kebangsaan Perancis itu.

Solskjaer berpendapat United tidak patut menyimpan pemain yang sudah tidak mahu mewakili pasukan.

Woodward pula merasakan pemergian Pogba akan memberi kesan kepada United. - Metro.co.uk

Artikel Lain