suria

Neymar buat hal lagi!

Hubungan Neymar (kiri) dan Draxler dilapor panas.

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG) Neymar dan Julian Draxler dilaporkan 'bertegang leher' dan terpaksa diasingkan.

PSG menutup aksi musim ini penuh duka apabila tewas kepada Rennes dalam aksi final Coupe de France dan hanya menang satu daripada enam aksi terakhir Ligue 1.

Menurut laporan Le Perisien, hubungan panas Neymar dan Draxler timbul selepas pemain Brazil itu berkata sesuatu yang agak kasar terhadap rakan sepasukannya.

Neymar cuba melepaskan tumbukan kepada salah seorang penonton 27 April lalu.

Neymar memberitahu kepada pemain kelahiran Jerman itu: "Siapa kau nak bercakap dengan aku? kau tidak berbuat apa-apa tetapi hanya 'pass' ke belakang," sebelum Thomas Tuchel masuk campur.

Pasangan itu rancak bertikam lidah sebelum 'bergusti' antara satu sama lain sehingga pengarah kelab Antero Henrique terpaksa masuk campur meleraikan keadaan.

Neymar sebelum ini sudah mempunyai masalah dengan Liga Bolasepak perancis (LFP) selepas cuba menumbuk seorang penyokong pada 27 April lalu setelah PSG tewas pada aksi final tersebut. -Onefootball

Neymar, Julian Draxler

Artikel Lain