suria

Spurs ke final, Pochettino sebak saksi kebangkitan anak buah

Pochettino sebak melihat kebangkitan anak buahnya.

MAURICIO Pochettino tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan kendaliannya, Tottenham Hotspur bangkit menundukkan Ajax untuk mara ke final Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Khamis.

Spurs ketinggalan 0-1 pada pusingan pertama dan diramal akan tersingkir ketika Ajax menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama di Amsterdam.

Namun Lucas Moura menjaringkan hatrik pada babak kedua sekali gus membantu Spurs mara ke final bertemu Liverpool di Madrid pada 1 Jun depan.

Pochettino dilihat sebak ketika dipeluk kakitangan kejurulatihan dan anak buahnya.

Dia juga gembira semasa sesi temubual pasca perlawanan dengan BT Sport.

Spurs akan bertemu Liverpool di final.

"Saya mahu mengingati keluarga saya... ia ganjaran berharga untuk mereka.

"Kami perlu bersedia untuk aksi pada Ahad dan kemudian mempersiapkan diri untuk perlawanan final," katanya dalam nada sebak.

Pochettino juga memuji aksi cemerlang anak buahnya pada aksi separuh akhir itu.

"Emosi amat luar biasa, terima kasih kepada bola sepak. Pemain saya adalah wira - pada tahun lepas saya beritahu semua orang pasukan ini adalah wira.

"Aksi babak kedua amat mengagumkan. Terima kasih bola sepak - emosi ini tanpa bola sepak tidak mungkin terjadi.

"Terima kasih kepada semua yang percaya kepada kami. Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata," kata pengendali dari Argentina itu.

Artikel Lain