suria

Countinho antara 10 pemain Barcelona bakal dijual

Countinho bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak menyertai Barcelona pada awal tahun lalu.

BARCELONA sedia menjual 10 pemainnya pada musim panas ini sebagai sebahagian daripada rombakan pasukan di Nou Camp.

Kelab gergasi Sepanyol itu terlepas trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua selepas tewas 0-4 di tangan Liverpool pada aksi separuh akhir awal pagi Rabu lalu.

Barcelona sudah memenangi kejuaraan La Liga dan boleh menambah koleksi trofi Copa del Rey jika mereka menundukkan Valencia hujung bulan ini.

Namun lembaga pengarah kelab Catalan itu mahu melakukan rombakan secara besar-besaran yang bakal menyaksikan 10 pemain skuad utama meninggalkan Nou Camp.

Philippe Coutinho, Samuel Umtiti dan Ivan Rakitic antara nama-nama besar yang termasuk dalam senarai rombakan itu.

Countinho dikaitkan bakal kembali ke England untuk memperkuat Manchester United.

Bekas bintang Liverpool itu bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak menyertai Barcelona pada Januari 2018.

Rakitic turut dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sejak kebelakangan ini.

Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Umtiti pada musim panas ini.

Selain itu, Malcom yang menolak untuk menyertai Arsenal dan Roma bagi merealisasikan perpindahan ke Barcelona turut disenarai sebagai pemain yang akan dilepaskan. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain