ISTERI Michael Schumacher dan bapanya dijangka akan berdepan dengan kamera buat pertama kali selepas insiden kemalangan pelumba itu pada tahun 2013. Filem 'Schumacher' bakal ditanyangkan di Jerman dan Switzerland Disember ini. Isteri kepada bekas juara lima kali berturut-turut perlumbaan Formula Satu (F1) itu, Corrina,50 dan bapa Roft,73, yang sebelum ini jarang bercakap secara terbuka mengenai kemalangan yang menimpa Schumacher dijangka akan ditemuramah berkaitan dengan filem tersebut. Schumacher bersama bapanya, Roft (kiri). Treler filem itu akan ditayangkan pada Festival Filem Cannes bermula minggu ini. Pengarah filem itu memberitahu, filem tersebut dibuat sempena sambutan hari lahir Schumacher yang ke-50 pada Januari dan ulang tahun ke-25 kejuaraan dunia pertama yang dijulang pada tahun 1994. Pembuat filem Michael Wech and Hanns-Bruno berkata, filem berbentuk dokumentari ini akan memaparkan bahagian yang tidak pernah dilihat memandangkan 'footage' itu milik keluarga Schumacher. "Filem bukan hanya berdasarkan karier, tetapi banyak segi sebagai seorang lelaki yang kompleks," ujarnya. Schumacher mengalami kemalangan ketika bermain ski pada tahun 2013. Sementara itu pengurus Schumacher, Sabine Kehm berkata: "Karier Michael sangat luar biasa memberi merit untuk sambutan ke-25 tahun selepas kali pertama dengan tujuh gelaran dunia. "Kami sangat gembira dengan terbitan filem ini yang dianggap amat sensitif dan berada di 'tangan' yang bercita-cita. "Dalam pada itu, Schumacher tidak berada dalam pandangan umum sejak mengalami kemalangan ketika bermain ski di Pergunungan Alps lebih lima tahun lalu. Bekas pelumba itu dipercayai berada dalam rawatan kesihatan di rumah keluarganya di Lake Geneva di Switzerland. Dia berada dalam koma hampir enam bulan selepas insiden itu berlaku.-Dailymail.co.uk