suria

Selepas 11 di Man City, Kompany bakal bergelar pemain-jurulatih Anderlecht

Kompany menjulang pelbagai kejayaan sepanjang bersama Mancehster City.

VINCENT Kompany dipilih sebagai pemain-jurulatih baharu bagi Anderlecht.

Ahad lalu, kapten Manchester City itu mengumumkan akan kembali ke kelab lamanya setelah 11 tahun menghabiskan masa di Stadium Etihad.

Sepanjang bersama The City Kompany berjaya menjulang empat kali trofi Liga Perdana termasuk musim ini.

Pengarah Teknikal Frank Arnesen mendedahkan pihaknya percaya pemain pertahanan Belgium berusia 33 tahun itu  akan dapat membantu membangkitkan kelab ke kedudukan yang lebih tinggi.

“Kami telah pergi ke City dan berbincang dengan Kompany selama enam jam.

“Saya sangat teruja dan apabila kembali ke kelab, kami semua mencapai persetujuan.

“Terdapat banyak detik jatuh bangun. Anderlecht kini berada di bawah sekarang. Inilah sebabnya saya tiba empat tahun lalu.

“Vincent bukan pemain akan membawa kami selangkah ke depan, tetapi mungkin tiga atau empat langkah di depan. Kami tidak mempunyai ketua,” jelasnya kepada Sky Sports News. 

Anderlecht kini ketinggal 20 mata di pendahulu First Division A Genk selepas hanya memenangi satu daripada 10 perlawanan. -Onefootball

Vincent Kompany, man City, Anderlecht

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain