suria

Petisyen untuk Liverpool rangkul trofi ditolak

Gambar fail sewaktu Liverpool merangkul trofi Liga Juara-Juara pada 2005. Foto Reuters

LIVERPOOL merekodkan mata tertinggi mereka sejak bermulanya Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun dengan jumlah 97 mata itu, mereka gagal meraihkan gelaran itu apabila dirangkul Manchester City dalam saingan sengit sejak beberapa tahun.

Segelintir penyokong Liverpool membuat rayuan berhubung mata itu, dengan mengatakan bahawa kebiasaannya mata yang lebih dari cukup untuk memenangi gelaran EPL, dan wajar diberi pengiktirafan.

Satu petisyen supaya Liverpool diberikan sebuah trofi kerana menduduki tangga kedua.

Petisyen itu menyebut: "Mata-mata yang belum pernah berlaku dulu jelas bermaksud sebagai satu trofi kemenangan bersama.

"Kepentingan dalam permainan Inggeris dan manfaat kepada ekonomi begitu meluas," katanya.

Namun, malangnya buat para penyokong apabila petisyen itu ditolak.

Satu mesej di laman web petisyen parlimen menyebut: "Ia mengenai sesuatu yang Kerajaan atau Parlimen United Kingdom (UK) tidak bertanggungjawab.

"Kami hanya menolak petisyen yang tidak memenuhi piawaian petisyen," tambah kenyataan itu. 

Meskipun gagal menjulang kejuaraan EPL, Liverpool masih berpeluang untuk memenangi trofi musim ini apabila dijadualkan menentang Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid pada awal pagi 2 Jun depan. - Daily Star

Liverpool, EPL, Manchester City

Artikel Lain