suria

Villas-Boas enggan kembali ke liga 'huru-hara' EPL

Villas-Boas mahu cari angin baru mungkin di Sepanyol atau Perancis.

ANDRE Villas-Boas tidak berminat untuk kembali ke liga 'huru-hara', Liga Perdana Inggeris (EPL).

Villas-Boas memberitahu, dia mahu bekerja di tempat yang mempunyai falsafah berbeza.

Pada 2011, Villas-Boas tiba di England menguruskan skuad Chelsea dengan membina reputasinya sendiri selepas cemerlang bersama Academica dan Porto.

Selepas itu dia berpindah ke Tottenham.

Namun pengendali Portugis itu meninggalkan Spurs pada Disember 2013 dan bertukar angin ke China bersama Zenit dan Shanghai SIPG.

Villas-Boas yang kini telah berpisah dengan Shanghai mengakui langsung tidak terfikir untuk kembali ke Liga Perdana.

"Tidak. Saya telah hidup dan lalui Liga Perdana dan tanpa ragu-ragu, liga ini buat masa sekarang lebih berminat dengan pelaburan, pemain dan pasukan.

"Tetapi saya lebih berminat untuk memahami falsafah dengan cara yang berbeza bermain bola sepak.

"Semua di England lebih kurang huru-hara.

"Jadi kita lihat mungkin pilihan di Perancis, Sepanyol, anda tidak tahu." -Onefootball

Abdre Villas-Boas, EPL

Artikel Lain