JUARA sepuluh kali, China terus menggungguli kejohanan badminton Piala Sudirman dengan menumpaskan Thailand 3-0 untuk mara ke pentas akhir buat kali ke-13 berturut-turut, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu. China yang melangkah ke final sejak 1995, akan bertemu sama ada Indonesia atau Jepun di perlawanan akhir pada Ahad. Sebelum itu, China mewaskan India dan Malaysia di peringkat kumpulan masing-masing dengan kedudukan di 5-0 dan menumpaskan Denmark 3-1 di suku akhir. Ketua jurulatih pasukan badminton China, Xia Xuanze berkata: "Kami mengalami beberapa kesukaran namuh tetap berjaya melangkah ke final, terima kasih kepada usaha diberikan semua rakan sepasukan." - BERNAMA