KELIBAT pemilik Chelsea Roman Abramovich akhirnya kelihatan di stadium ketika menyaksikan final Liga Europa di baku awal pagi Khamis. Jutawan Rusia itu tidak kelihatan di London selepas timbul isu berkaitan visanya sejak musim lalu. Namun musim ini dia kembali berada di barisan penyokong menyaksikan perlawanan kompetitif pertama pasukannya musim ini sekaligus menjulang trofi kejuaraan Liga Europa dengan menewaskan Arsenal 4-1. Abramovich kelihatan menonton perlawanan kelabnya di stadium buat kali pertama sejak setahun lalu. Abramovich,52, terus ke terowong pemain sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan bagi bertemu dengan pemain-pemain. Jelas terpancar wajah kegembiraan Abramovich, namun dipercayai kehadirannya juga ke stadium dikaitkan dengan masa depan pengurus Maurizio Sarri. Sebelum itu, pengerusi kelab Bruce Buck dilihat bertemu dengan perunding Juventus Andrea Agnelli di hotel sebelum perlawanan. Juventus dilaporkan mahu melantik Sarri selepas pemergian Massimiliano Allegri.-Dailymail.co.uk