INTER Milan telah melantik Antonio Conte sebagai pengurus baharu kelab.
Kelab Serie A itu mengumumkan berita tersebut pada Jumaat.
Conte dilantik menggantikan Luciano Spalletti dan mengikat kontrak tiga tahun bernilai 9 juta euro (RM42 juta) termasuk bonus di San Sio.
"Babak baharu hidup saya bermula. Saya sangat teruja.
"Saya memilih Inter kerana kelab itu sendiri, bercita-cita dan perancangannya.
"Kerana sejarahnya," ujar bekas pengendali Chelsea ini.
Conte menghabiskan tempoh dua tahun di Stamford Bridge menjuarai Liga Perdana dan Piala FA sepanjang berada di England, namun meninggalkan London selepas selepas tidak 'sebulu' dengan pengurusan tertinggi kelab. -Skysports