PELUMBA terkenal Lewis Hamilton mendedahkan perancangannya untuk bersara. Ujar Hamilton, dia percaya tinggal lima tahun sahaja lagi sebelum dia menamatkan kerjaya dalam sukan itu. "Saya usia 33, saya fikir saya boleh lakukan perkara ini lima tahun lagi," ujar pelumba dari Britain itu. Hamilton merupakan pelumba untuk pasukan Mercedes. Dia membuat perkongsian mengenai hal itu sewaktu ditemubual menerusi rancangan My Next Guess Need No Introduction. Rancangan yang dikendalikan pengacara David Letterman itu disiarkan menerusi platform penstriman Netflix. - Express.UK.