PEMAIN sensasi Neymar tidak lagi akan beraksi dalam Kejohanan Copa Amerika kerana mengalami kecederaan buku lali. Kejadian berlaku sewaktu Neymar mewakili Brazil dalam perlawanan menentang Qatar pada Rabu. Perlawanan menyaksikan Brazil membenam Qatar 2-0. Neymar dilihat mengesat air mata sejurus berakhirnya perlawanan itu. Dia diganti oleh Everton pada minit ke-21 akibat kecederaan itu. Menurut Persekutuan Bola Sepak Brazil, Neymar tidak berupaya untuk pulih menjelangnya perlawanan seterusnya bersama Afrika Selatan. - ESPN.