BEKAS pemain legenda Tottenham Justin Edinburgh meninggal dunia pada usia 49 tahun. Edinburgh yang juga merupakan pengurus Leyton Orient dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung pada Isnin lalu sebaik sahaja kembali daripada menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara (CL) Tottenham dan Liverpool di Madrid. “Kami amat bersedih dengan tragedi ini dan turut bersimpati keluarga Edinburgh. “Kejayaan Justin dalam membawa Leyton Orient sangat luar biasa, tetapi lebih penting adalah kesan ke atas kami yang dia lakukan, memberi inspirasi dan legasinya akan kekal bersama kami,” jelas pengerusi Orient Nigel Travis. Edinburgh meninggal dunia disisi isterinya Kerri dan dua orang anak Charlie dan Cydnie. Edinburgh (dua kanan) bersama isteri dan dua anaknya. Bekas rakannya di Spurs, Darren Anderton turut menyampaikan luahan simpati: “Tidak percaya…satu berita sedih mengenai Justin…ia tidak adil. Salah seorang lelaki hebat yang sentiasa anda harapkan untuk bertemu. “Apabila berada dengannya, anda tidak akan berhenti ketawa dan senyum. RIP kawan.” Sementara itu Tottenham turut memberi kenyataan. “Berita sedih mengenai kematian Justin Edinburgh. Dia merupakan seorang jurulatih yang hebat dan pemain pertahanan yang sukar." - dailymail.co.uk