suria

Neymar terlepas aksi Copa America, rehat empat minggu

Neymar rehat selama empat minggu.

PARIS Saint-Germain (PSG) mengesahkan Neymar direhatkan untuk tempoh empat minggu.

Penyerang Brazil itu mengalami kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Qatar minggu ini.

PSG mengesahkan pemain berusia 27 tahun itu tidak bersama pasukan menjelang saingan Copa America nanti.

Kelab gergasi Perancis itu telah menghantar pasukan perubatan sendiri ke Amerika Selatan untuk memeriksa pemainnya itu.

“Pada 8 Jun, doktor utama Paris Saint-Germain Laurent Aumint dan Jawatan kuasa Perubatan Kelab Profesor Gerard Saillant telah memeriksa kecederaan Neymar Jr di Brazil bagi persiapan aksi Copa America pada Rabu ini.

“Dua doktor itu memberi keputusan dianogsis bahawa buku lali kanannya mengalami kecederaan dan perlukan rawatan.

“Penyerang Paris Saint-Germain ini dijangka akan kembali ke padang dalam tempoh empat minggu.” – Onefootball

Neymar, Copa America, PSG

Artikel Lain