suria

Maradona letak jawatan pengurus Dorados akibat masalah kesihatan

Diego Maradona.

DIEGO Maradona meletak jawatan sebagai pengurus Dorados.

Lagenda Argentina itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan kariernya bersama Dorados selepas mengemudi kelab divisyen dua Mexico itu sejak September tahun lalu.

Difahamkan Maradona dijangka menjalani pembedahan di bahu dan juga lututnya dalam masa terdekat.

Pengurus berusia 58 tahun itu dikejarkan ke hospital pada Januari kerana masalah kesihatan.

Dia terpaksa berjalan menggunakan bantuan tongkat disebabkan masalah artritis di kedua-dua lututnya.

"Terima kasih untuk segalanya Bos! Semoga cepat sembuh dan jumpa lagi," tulis kelab itu di Twitter.

Kontrak Maradona dijangka tamat pada akhir bulan ini tetapi dia memilih untuk fokus kepada rawatan masalah kesihatannya.

Dorados merupakan kelab kelima dipimpin Maradona selepas Mandiyu de Corrientes, Racing Club, Al Wasl dan Fujairah FC. - Mirror.co.uk

Artikel Lain