MANCHESTER United sedia kembali berbincang kontrak baharu bersama Marcus Rashford. Kontrak pemain muda berusia 21 tahun masih berbaki 12 bulan, namun United dilaporkan mahu mengambil langkah awal supaya penyerang itu tidak disambar kelab lain. The Red Devils mahu membuat perbincangan baharu sekaligus bersedia untuk memberi gaji yang lebih besar bagi memastikan dia kekal di Old Trafford. Ia bagi mengelakkan kelab-kelab gergasi lain seperti Barcelona dan Real Madrid 'mengganggu' pemain ini. Dilaporkan United sedia untuk membayar gaji 350,000 paun (RM1.8 juta) seminggu. Malah Rashford juga dijangka akan 'setia' bersama United, lebih-lebih lagi apabila diletakkan sebagai penyerang utama skuad di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer. Agihan gaji menjadi isu besar di United selepas membawa masuk Alexis Sanchez ke aksi Liga Perdana dengan bayaran 500,000 paun seminggu. Namun nilai gaji yang diterimanya itu tidak berbaloi apa yang diberikan di United dan gagal memberi impak sejak tiba di situ pada Januari 2018. -Dailymail.co.uk