PEMAIN sensasi Neymar yang berhadapan tuduhan rogol disoal siasat selama empat jam oleg pihak berkuasa di Sao Paulo, Brazil. Bintang Paris Saint-German (PSG) itu turut berterima kasihkepada semua yang masih menyokong dirinya. "Saya tenang. Saya hargai semua mesej yang diterima setakat ini. "Cepat atau lambat, kebenaran akan terungkai," kata Neymar. Baru-baru ini, model Brazil, Najila Trindade Mendes de Souza mendakwa Neymar dalam keadaan mabuk menyerangnya di sebuah hotel di Paris, Perancis. - Marca.