PEMAIN tengah Paris Saint Germain (PSG) Adrien Rabiot bersetuju menyertai Cristiano Ronaldo di Juventus dengan gaji tahunan bernilai 7 juta euro. Rabiot yang tidak gembira semasa bermain di Perancis dilaporkan sedang bercuti bersama ibunya di Itali. Difahamkan percutian Rabiot di Itali juga mempunyai agenda lain. Dia dilaporkan menyertai rundingan dengan juara Serie A itu mengenai perpindahannya pada musim panas ini. Dalam satu temu bual baru-baru ini, Rabiot mengesahkan khabar angin itu. "Ia benar kami mengadakan beberapa rundingan. Juventus adalah kelab besar yang mahu disertai mana-mana pemain," katanya. Menurut El Chiringuito TV di Twitter, Rabiot dilaporkan bersetuju menyertai Juventus selama lima tahun. Rabiot sudah tidak diwakili mana-mana ejen selepas kontraknya bersama PSG tamat. Terdahulu Juventus sudah menandatangani khidmat pemain Arsenal Aaron Ramsey. - Foxsportsasia.com