suria

Mata terus setia di Old Trafford

Mata sedia meneruskan khidmatnya untuk tempoh dua tahun lagi.

JUAN Mata masih setia berada di Old Trafford untuk tempoh dua tahun lagi.

Pemain tengah Sepanyol itu menandatangani kontrak baharu selama dua tahun dan diberi pilihan 12 bulan untuk terus bersama skuad.

Sebelum ini masa depan Mata bersama United menjadi tanda tanya selepas hampir dua tahun mengadakan perbincangan untuk kontraknya yang berakhir pada 1 Julai ini.

Namun United mengumumkan bahawa kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk mengekalkan Mata sehingga Jun 2021.

"Ia satu penghormatan untuk terus mewakili kelab hebat dan penyokong luar biasa ini.

"Saya telah bersama Manchester United selama lima tahun dan bangga menjadikan Old Trafford sebagai rumah sendiri.

"Saya bersedia untuk terus bekerja bersama Ole Gunnar Solskjaer dan barisan jurulatih yang lain. Visi yang mereka terapkan di kelab ini sangat menarik dan saya gembira menjadi sebahagian daripada mereka," jelasnya yang telah menjulang Piala FA, Piala Liga dan trofi Liga Europa sejak menyertai United dari Chelsea pada Januari 2014. - Dailymail.co.uk

Juan Mata, Manchester United

Artikel Lain