PIHAK berkuasa London (CNN) yang menyiasat kematian bintang bola sepak Argentina Emiliano Sala menahan seorang lelaki disyaki melakukan pembunuhan. Sala, 28, dan juruterbang David Ibbotson, 59, maut dalam nahas pesawat yang dipercayai terhempas di Selat Inggeris pada Januari lalu. Penyerang itu yang baharu sahaja menandatangani kontrak dengan Cardiff City dan menuju ke Wales semasa insiden itu berlaku selepas mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan pasukannya di Nantes. Mayat Sala dikenal pasti polis UK pada 6 Februari lalu selepas dikeluarkan dari bangkai pesawat yang terdampar di dasar Selat Inggeris. Detektif Inspektor Simon HUxter dari Pasukan Penyiasat Jenayah Polis Dorset berkata seorang lelaki berusia 64 tahun dari Utara Yorkshire ditahan pada Rabu tetapi dibebaskan tidak lama kemudian. "Dia memberi kerjasama semasa siasatan dilakukan dan dibebaskan semula," kata Huxter. Jelas Huxter lagi ahli keluarga kedua-dua mangsa sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu siasatan kes itu. - CNN