HECTOR Bellerin bukan sahaja terkenal sebagai pemain bola sepak, tetapi bakat mempunyai terpendam sebagai seorang model. Pemain pertahanan Arsenal itu bergelar model Louis Vuitton ketika Paris Fashion Week pada Khamis. Bellerin yang kini dalam proses pemulihan kecederaan serius di bahagian lutut terpaksa bercuti panjang dan dijangka kembali ke padang musim baharu nanti. Hector Bellerin Pemain berusah 24 tahun itu kelihatan kacak dalam pakaian berwarna merah jambu (pink) berseluar pendek sempena koleksi terbaharu Spring-Summer 2020 ketika majlis berlangsung di ibu negara Perancis itu. Dia menulis di Instagramnya: " 'Don't let them tell you, it's not possible. Thank you to to @virgilabloh & @LouisVuitton for the opportunity.' Pemain antarabangsa Sepanyol ini mengalami kecederaan ketika aksi kemenangan The Gunners 2-0 ke atas Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris sejak Januari lalu. - Dailymail.co.uk