PENGURUS Manchester United Ole Gunnar Solskjaer akan memanggil pemainnya Jesse Lingard berkaitan video stimulasi lucah yang menjadi tular di media sosial. Solskjaer dikatakan berang dengan posting di Snapchat yang memaparkan Lingard sedang merakam video dalam sebuah bilik di hotel mewah bersama rakan sepasukan Marcus Rashford, bekas pemain United Ro-Shuan Williams dan seorang lagi kawan mereka Jamal Banker ketika ingin daftar keluar. Solskjaer dijangka akan bertemu Lingard sebelum sesi latihan pra musim 1 Julai ini. Lingard dilihat pergi berjalan ke bilik-bilik sebelum merakam Banker melakukan stimulasi adegan lucah di atas katil. Difahamkan pemain England berusia 26 tahun itu hanya mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi, namun akhirnya dia memuatnaik video itu di akaun sendiri. Solskjaer yang sememang amat berkaitan tingkah laku pemain-pemainnya di media sosial dijangka akan menghubungi Lingard untuk berbincang perkara ini sebelum skuad mula menjalani latihan pra musim pada 1 Julai. -Dailymail.co.uk