MESUT Ozil dijangka kekal di Arsenal pada musim akan datang berikutan kelab itu merancang untuk mengurangkan pemain dengan bayaran tinggi. Pemain kelahiran Jerman itu membuktikan menjadi beban kewangan buat The Gunners kerana bayaran gajinya sebanyak £350,000 (RM1.83 juta) seminggu. Kelab di utara London itu terbuka untuk menawarkannya menjelang tarikh tutup perpindahan kerana mereka mahu melepaskan beberapa dana tambahan buat pengurus, Unai Emery memperkukuhkan skuadnya. Arsenal bagaimanapun masih belum menerima sebarang pertanyaan rasmi mengenai pemain berusia 30 tahun itu. Dalam pada itu, Arsenal dalam proses tawaran untuk mendapatkan pemain Celtic, Kieran Tierney, 22, dan pemain St Etienne, William Saliba, 18. - The Star