BINTANG Juventus Cristiano Ronaldo dikritik kerana tidak membantu pemain Rangers FC, Fernando Ricksen yang sedang sakit biarpun sudah bertemu dengannya secara peribadi. Perkara itu didedahkan isteri Ricksen, Veronica Ricksen menerusi temubual laman web Russian Match TV. Ujar Veronica, Ronaldo sebaliknya hanya memberi jersi berpeluh yang dipakai kepada anak perempuannya, Bella. 'Kami juma dia sekali. Tak ada apa yang menarik untuk dikatakan mengenai pertemuan itu. "Anak kami, Bella nak jumpa lelaki yang bermain bola dengan bapanya. Kami ke Madrid untuk jumpa Ronaldo. "Dia bagi jeris berpeluh yang dipakai sejurus berakhir perlawanan. Ada seorang lelaki dari FIFA berjanji nak mulakan yayasan bagi bantu suami saya, tapi tiada apa-apa pun," katanya lagi. Jelas Veronica, Ronaldo juga tidak membuat apa-apa tindakan meskipun sudah mendengar kisah mengenai penyakit berkaitan sel saraf yang dihidapi suaminya. - Fox Sport Asia.