FRANK Lampard dijangka bakal mengambil langkah drastik jika sah bergelar pengurus Chelsea.
Lampard semakin hampir diumumkan pengurus baharu di Stamford Bridge dan langkah pertama yang akan dibuat adalah menggabungkan pemain-pemain akademi bersama skuad senior.
Lampard menyedari penting baginya untuk menggabungkan semua pemain di kelab ini bagi memberi sokongan pembangunan kepada bakat-bakat muda.
Ia juga sebagai langkah bijak Lampard untuk menggunakan pemain-pemain muda memandangkan Chelsea digantung daripada membuat sebarang perpindahan pemain.
Lampard menjadi pilihan utama di Chelsea untuk mengambil alih posisi Maurizo Sarri yang berpindah ke Juventus. - Dailymail.co.uk