PEMAIN Brazil, Neymar meninggalkan Barcelona pada 2017 untuk berkhidmat dengan Paris Saint German (PSG). Dia bagaimanapun dilaporkan bakal kembali ke pasukan lamanya menjelang perpindahan musim panas ini. Malah, ada laporan yang mendakwa pemain berusia 27 tahun itu sendiri enggan lagi bersama PSG. Selain Neymar, pemain Barcelona iaitu Lionel Messi juga tidak sabar untuk bermain sebagai satu pasukan dengannya. Malah, Messi dikatakan menekan lembaga pengarah kelab itu dalam merealisasikan impian kepulangan Neymar bersama mereka. Bapa Neymar dan peguamnya juga dikatakan sudah tiba ke Barcelona untuk menguruskan hal itu. - Express.