suria

Jesus dilayang kad merah antara drama sebelum Brazil dijulang juara Copa America

Brazil kembali merangkul trofi juara selepas tahun 2007.

PENYERANG Brazil Grabriel Jesus mengamuk selepas dilayangkan kad merah ketika aksi final Copa America bertemu Peru awal pagi Isnin.

Sebelum itu Jesus yang juga pemain Manchester City membantu Brazil meledak gol kedua ketika minit terakhir separuh masa pertama.

Namun aksinya di padang tidak berpanjangan selepas dia mengumpul dua kad kuning sekaligus menerima layangan kad merah.

Jesus tidak dapat menahan kekecewaan selepas dilayangkan kad merah pada aksi akhir Copa America.

Ternyata keputusan itu mengecewakan Jesus yang bertindak menyepak botol air di tepi padang dan menumbuk khemah VAR ketika keluar menuju ke bilik persalinan.

Malah dia akhirnya menangis kecewa meninggalkan rakan-rakannya beraksi seramai sepuluh pemain di hadapan penyokong sendiri.

Pemain berusia 22 tahun ini antara ayam tambatan pasukan Brazil sejak awal kejohanan bermula, namun rekodnya tercalar di pentas akhir ini.

Bagaimana pun Brazil berjaya mengukuhkan kedudukan dengan keputusan 3-1 ke atas Peru.

Kali terakhir Brazil merangkul trofi kejayaan trofi ini pada tahun 2007 dan ia merupakan rekod kelapan bergelar juara sejak diperkenalkan pada tahun 1919.

Brazil, juara, Copa America

Artikel Lain