EJEN Paul Pogba, Mino Raiola memberitahu pemain itu tidak membuat sebarang kesalahan dalam cubaannya untuk meninggalkan Manchester United. Pogba terdesak untuk meninggalkan Old Trafford buat kali kedua apabila Raiola cuba mengusahakan langkah itu ke Real Madrid atau Juventus pada musim panas ini. Bagaimanapun, wakil Pogba percaya pemain tengah berusia 26 tahun itu bersikap profesional. Sebaliknya, dia mempersoalkan Manchester United kerana tidak memberikan lebih perlindungan kepada Pogba daripada kritikan luaran. "Pemain itu tak ada buat salah, dia cukup respek dan profesional dalam segala segi," ujar Raiola. - Daily Mail UK