MANCHESTER United mengulangi pendirian mereka yang yakin dapat mengatasi Manchester City untuk mendapatkan pemain Harry Maguire. Pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer mahu pemain pertahanan Leicester City berusia 26 tahun itu menjadi ketua baharu dalam rombakan yang dibuatkan. Malahan, Manchester United akan menyediakan tawaran kontrak yang lumayan buat pemain tersebut. Rundingan antara kedua-dua kelab dengan Leicester City kini berjalan dengan penilaian pemain itu sebanyak £85 juta (RM439 juta). - Daily Mail UK