suria

Restoran VIP milik Messi beri makanan percuma buat gelandangan di Argentina

Restoran milik Messi diberi nama Restoran VIP.

KELIHATAN garang di atas padang, namun Lionel Messi sebenarnya seorang yang cukup berhati lembut.

Di Argentina, restoran milik pemain itu banyak membantu golongan gelandangan.

Restoran yang diberi nama VIP itu mula menawarkan juadah percuma sejak Jumaat lalu.

"Kami juga memberi kopi, minuman dan wain," ujar pengurus restoran, Ariel Almada.

Ujarnya, ramai yang datang dan berterima kasih atas keprihatinan restoran berkenaan.

"Kami akan melakukan hal ini sehinnga 15 hari, pada setiap malam," katanya lagi.- Marca.com.

Artikel Lain