suria

Anjing kesayangan diculik, Sturridge sanggup bayar apa sahaja demi dapatkan Lucci

Sturridge bersama anjing kesayangannya, Lucci. Foto: Instagram danielsturridge

BEKAS pemain Liverpool Daniel Sturridge merayu agar untuk mendapatkan kembali anjing kesayangannya Lucci yang diculik ketika rumahnya dimasuki perompak.

Strurridge begitu emosi apabila menyedari anjing peliharaannya hilang ketika tiga perompak menceroboh rumahnya di Los Angeles. Malah dia turut kehilangan beberapa barangan lain.

Dia memuat naik video di Instagramnya merayu supaya mengembalikan anjingnya dan sanggup membayar apa sahaja nilainya.

"Seseorang telah memecah masuk rumah saya di LA dan mengambil anjing dari rumah ini.

Sturridge memuat naik imej perompak melalaui rakaman kamera litar (CCTV) tertutup di rumahnya.

"Dengar, saya sanggup membayar apa sahaja jika sesiapa tahu orang yang menceroboh rumah saya.

"Saya sangat serius. Saya mahu tahu siapa yang mengambilnya. Saya mahu tahu ke mana mereka bawa anjing saya!".

Sturridge memberitahu dia sanggup membayar 20 hingga 30 ribu paun  kepada sesiapa yang membawa balik Lucci dengan selamat.

Sturridge turut berkongsi gambar Lucci di Instagramnya.

Dia membela Lucci lebih setahun setengah selepas membelinya dengan harga 4,000 paun (RM20,632).

Penyerang berusia 29 tahun kini merupakan pemain bebas selepas kontraknya bersama Liverpool tidak disambung musim lalu. -OneFootball

Daniel Sturridge, Liverpool, Lucci

Artikel Lain