SEORANG bekas pemain England bawah 16 tahun (B-16), ditahan polis selepas ditemui melakukan aktiviti seksual, menurut pendengaran mahkamah. Lee Parmley, 38, disiasat polis selepas orang awam melihat dia menanggalkan seluarnya di taman di Northumberland, England. Menurut pendengaran mahkamah, Parmley turut membawa dua majalah lucah sebelum melakukan aktiviti tidak senonon di taman Queen Elizabeth II di Ashington. Dia mengaku melakukan kesalahan itu dan mengaku bersalah terhadap salah satu pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Northumberland South Eastland. Parmley dari Waterloo Road, Blyth disabitkan dengan perintah komuniti selama 12 bulan. Majisret turut menetapkan Parmley dilarang memasuki taman Queen Elizabeth II selama 12 bulan. - Mirror UK