suria

Lampard terpaksa lepaskan Ampadu secara pinjaman

Ampadu tidak terpilih berada dalam skuad utama Chelsea musim depan.

PENGURUS Chelsea Frank Lampard mengesahkan Ethan Ampadu boleh meninggalkan kelab secara pinjaman musim ini.

Ampadu tidak menyertai skuad pada jelajah pra musim ke Jepun minggu ini.

Pemain muda berusia 18 tahun itu membuat penampilan pertama pada Disember 2017 sebanyak lima kali di bawah pengurusan Maurizio Sarri.

"Ethan tidak berada di sini dan kami bertanggungjawab untuk menjadikan dia sebagai pemain pinjaman kelab lain.

"Saya cuba mengikatnya secara pinjaman di Derby tahun lalu, saya peminatnya.

"Tetapi dengan jumlah tempoh yang dia beraksi tahun lalu, saya fikirkan perkara yang lebih besar buat Ethan dan Chelsea," jelasnya.

Menurut laporan BBC, Aston Villa dan Sheffiled United berminat untuk mengikat pemain tengah ini.-Onefootball

Ethan Ampadu, Fran lampard, Chelsea

Artikel Lain