suria

Casillas diberi peranan jadi 'orang tengah' di Porto, teruskan rawatan masalah jantung

Casillas akan membantu rakan-rakan sepasukan sebagai penghubung di antara pemain dan kelab.

IKER Casillas berperanan sebagai 'orang tengah' di Porto sementara dia dalam proses pemulihan daripada masalah kesihatan selepas diserang sakit jantung musim lalu.

Casillas digegaskan ke hospital Mei lalu selepas terjatuh ketika menjalani latihan namun  memberi maklum balas baik terhadap rawatannya.

Pemain berusia 38 tahun itu tidak serik untuk terus bermain secara profesional namun kini dia terpaksa memberi perhatian kepada rawatan pemulihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Casillas alami serangan jantung ketika latihan, "saya bertuah masih senyum hari ini"

Sebagai pemain berpengalaman, dia diberi peranan bersama kelab Portugal itu.

"Saya akan membuat sesuatu yang berbeza daripada biasa, dan ia bukan di atas padang.

"Saya akan penghubung di antara pemain dan kelab.

"Pengurus ada berbincang dengan saya musim lalu ketika insiden berlaku dan dia beritahu mahu saya kekal bersama kelab, rapat dengan pemain-pemain lain termasuk bakat muda kerana ia mungkin akan memberi banyak perubahan.

"Saya akan membuat yang terbaik untuk membantu rakan-rakan sepasukan," ujarnya kepada Porto Canal. -Dailymail.co.uk

Iker Cassilas, Porto

Artikel Lain