JOSE Mourinho memberitahu dia kini mengisi masa lapangnya dengan mempelajari bahasa Jerman. Sejak dipecat Manchester United Disember lalu, Mourinho masih berehat panjang daripada pengurusan kelab, namun kini dia seakan memberi bayangan ke Bundesliga. Mourinho sebelum ini dikaitkan dengan kelab Benfica, Lyon dan Newcastle. Namun terbaharu, Mourinho seakan memberi bayangan berminat dengan kelab di Bundesliga apabila pengurus berusia 56 tahun itu sedang mempelajari bahasa Jerman. "Buat masa sekarang saya sedang belajar bahasa Jerman. "Bundesliga? Kini belajar bahasa Jerman kerana saya rindukannya. Saya belajar bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Perancis dan Itali. "Tetapi ia tidak bermaksud apa-apa, termasuk bahasa Jerman. "Ketika ditanya berkaitan dengan tempoh kembali ke pengurusan, Mourinho memberitahu Sky Sports: "Saya 'lapar', tetapi perlu tunggu untuk dapatkan kelab yang sesuai, projek yang bertul. "Dan dalam tempoh itu, saya buat apa yang saya suka. Tetapi saya suka acara sukan lain dan ianya peluang baik untuk menikmatinya." -Dailymail.co.uk