suria

Kontrak baharu bakal jadikan De Gea sebagai penjaga gol paling kaya di dunia

De Gea turut dikaitkan dengan perpindahan ke PSG dan Real Madrid. FOTO: Getty.

PENJAGA gol Manchester United David de Gea dijangka menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu.

Jika benar, ia akan menjadikan dia sebagai penjaga gol dengan pendapatan paling tinggi di dunia.

Dia yang sebelum ini dibayar £375,000 semiggu meminta untuk diberikan £500,000 seminggu, sama seperti Alex Sanchez.

Kontrak lima tahun dijangka berakhir pada tahun 2024.

Dia sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint German (PSG) atau Real Madrid. - Daily Star.

David de Gea, MU, PSG, kontrak, penjaga gol

Artikel Lain