suria

KLHA tawar kontrak jurulatih kepada bekas pemain hoki Itali

Naib Presiden KLHA Meor M Shahril Saarani (kanan) menyerahkan kontrak 6 bulan kepada Marta disaksikan oleh Megat Shahriman.

PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (KLHA) bersetuju untuk menawarkan kontrak selama enam bulan kepada pertahanan Itali, Marta de Guio untuk menjadi jurulatih skuad pembangunan Kuala Lumpur.

Marta,32,  diberi tempoh selama dua minggu untuk memutuskan sama ada sedia menerima tawaran tersebut atau tidak.

Menurut Presiden KLHM Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin berkata, antara sebab utama pihaknya  tertarik untuk menawarkan kontrak kepada adalah kerana pengalaman luasnya dalam membangunkan sukan hoki di peringkat akar umbi.

"Tawaran ini termasuk kos tempat tinggal dan pengangkutan. Kami berminat dengan khidmatnya selepas dia memberi jaminan dengan komitmen tinggi sepanjang tempohnya di Malaysia.

Aksi Marta ketika mewakili Itali sebelum ini.

"Buat permulaan, pihak KLHA bercadang menempatkan Marta yang pernah membuat 84 penampilan dengan skuad Itali, di bawah Program Pembangunan Hoki Kuala Lumpur (KLHDP) untuk bersama beberapa jurulatih tempatan lain membangunkan anak-anak hoki.

"Ia juga bakal membuka lembaran baharu dalam meningkatkan kualiti sistem akar umbi disamping menerapkan gaya hoki Eropah sejak dari awal," jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu, KLHA juga melihat perjanjian ini adalah sebagai situasi ‘menang-menang’ dengan kedua-dua belah pihak berkiatan perkongsian ilmu hoki sekali gus memberi nafas baharu terhadap teknik latihan tenaga pengajar di peringkat sekolah dan menolak sama sekali andaian bahawa KLHA ketandusan jurulatih tempatan.

"Walaupun langkah ini mungkin mendapat kecaman daripada kelompok pengkritik sukan hoki, apapun ia perlu dilihat daripada sudut positif demi kebaikan sukan hoki," ujar Megat Shahriman.

KLHM, Megat Shahriman, Marta, Itali

Artikel Lain