suria

Percutian paling indah, budak 11 tahun berpeluang main bola dengan Messi di tepi pantai

Mackenzie bergambar dengan Lionel Messi.

BAGAIKAN mimpi jadi kenyataan.

Begitulah yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak apabila dia secara tak sengaja bertemu dengan pemain bola sepak kesayangannya.

Mackenzie O'Neill sedang bercuti di Antigua bersama keluarganya sebelum dia terserempak dengan Lionel Messi di tepi pantai.

Lebih manis, dia juga sempat bermain bola bersama bintang Argentina itu selama 40 minit.

"Saya langsung tak berdebar. Mula-mula saya agak malu," ujar kanak-kanak berusia 11 tahun.

MacKenzie turut menyifatkan ia sebagai percutian paling indah buat dirinya. - Edition.CNN.

Artikel Lain