PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp menolak dakwaan dia cemburu dengan perbelanjaan besar kelab-kelab lain menjelang musim baharu nanti. Kelab gergasi Liga perdana itu setakat ini hanya mengikat seorang pemain muda berusia 17 tahun, Sepp van den Berg berbanding pesaing-pesaingnya yang rancak dalam pasaran pemindahan pemain. Sehingga kini, juara liga Manchester City telah mengikat Rodri, Manchester Cuted menambah Aaron Wan Bissaka dan Danial James malah dijangka akan ada lagi urusan perpindahan. Manakala Arsenal pula mengikat secara pinjaman Dani Ceballos serta Spurs membuat rekod perpindahan dengan 55 juta paun dengan membeli Tanguy Ndombele. Namun Klopp yang bakal berjumpa Napoli bagi perlawanan persahabatan Ahad ini mengakui dia tidak cemburu dengan situasi tersebut. "Saya tidak boleh memberi komen mengenai perbelanjaan kelab lain. Saya tidak tahu macam mana mereka melakukannya. Kami perlu membayar bil. Maaf, semua orang perlu membayar bil. Anda tidak boleh selalu berbuat demikian. "Ia seperti empat kelab di dunia yang boleh selalu berbuat demikian - Real Madrid, Barcelona, City dan PSG. Apa sahaja mereka perlukan, mereka buat. Anda tidak boleh banding dengan mereka. Itulah situasinya. "Ia bukan satu kritikan. Saya sedar macam mana orang akan fikir bahawa saya cemburu atau apa-apa. Saya tidak cemburu," jelasnya. Sejak 2016, Liverpool telah menandatangani pemain seperti Virgil van Dirk, Mohamed Salah, Sadio Mane, Alisson, Georginio Wijnaldum, Fabinho dan Alex Oxlade-Chamberlain. Dan ternyata Klopp amat berpuas hati dengan barisan pemain yang ada sekarang. - Onefooball